Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, 18 January 2011

YES - Teknologi 4G untuk pertimbangan anda!

Tentu ramai antara kita yang sedar tentang kemunculan teknologi 4G yang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan YES. Boleh google tentang teknologi 4G oleh syarikat ini di internet.

Apa yang saya hendak terangkan di sini ialah tentang penjimatan yang boleh anda buat menggunakan perkhidmatan YES ini. Ini berdasarkan kajian saya selama beberapa hari di internet.

Biasanya pakej-pakej yang ada hari ini, mengasingkan penggunaan internet dan perkhidmatan call dan sms. Misalnya, saya menggunakan plan Executive 50 celcom untuk telefon, dan pakej internet RM 48 untuk menggunakan internet. Jadi lebih kurang, saya guna RM 98 untuk internet dan telefon. Bagaimana dengan anda?

Berikut adalah maklumat tentang pakej-pakej yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi di negara kita untuk makluman anda semua:

Celcom
Exec 20 - call 50 min, sms 100
Exec 50 - call 200 min (3 jam), sms 100
Exec 250 - call 1500 min (26 jam), sms 500

Maxis
Value First 30 - call 50 min, sms 100
V 50 - call 200 min, sms 200
V 80 - call 400 min (6 jam), sms 200
v150 - call 1050 min (16 jam), sms 300

Digi
DG 30 - call 100 min, sms 100
DG 50 - call 300 min (5 jam), sms 100
DG 150 - call 1200 min (20 jam), sms 300


Bagi pengguna teknologi telefon pintar, yang gemar melayari internet melalui telefon mereka, sudah pasti menginginkan satu plan yang lebih menjimatkan, kerana penggunaan internet melalui telefon sangatlah berbeza dengan penggunaan internet di laptop. Mereka cuma sekadar untuk memeriksa email, akaun facebook, twitter dan melayari internet untuk jangka masa yang sekejap.

Sekiranya anda pengguna telefon pintar, yang suka melayari internet melalui telefon, adalah lebih baik anda mengambil plan 4G YES ini. Di sini maklumat tentang penjimatan yang anda boleh buat melalui plan ini.

YES
RM 30 permonth - call 200 min (3jam), sms 100
internet 20 jam, email 150


Dengan RM30.00 sebulan, anda boleh telefon macam biasa (pelan Executive 50) dan menggunakan internet untuk memeriksa akaun email dan facebook anda. Bagaimana, jimat tak? Untuk membuat kiraan yang lebih menepati citarasa anda, sila ke laman web YES di sini.

Jika anda sudah menggunakan YES, sila kongsikan pengalaman anda dengan pembaca di sini.
Saya pun tak sabar nak gunakan teknologi 4G ini.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates