FASA 1
Setting Domain & Hosting
( Anggaran masa 10-15minit )
_____________________

Dalam blog ini saya akan tunjukkan terus bagaimana anda boleh mempunyai satu blog yang berbayar bukan PERCUMA macam blogspot. Bukan apa, ia akan mempunyai banyak kelemahan, antaranya

  • Menjejaskan kredibiliti, kata bisnes juta-juta tapi blog pun yang FREE..malu woohh…
  • Akan di delete oleh blogspot bila-bila masa jika mereka dapati anda melanggar rule
  • Blog free ni ibarat meniaga menumpang depan kedai orang, lebih baik sewa kedai sendiri dan kita bebas dari sebarang rule yang bukan-bukan..faham ke faham? Hehehee…

Ok jom teruskan..

Perkara paling mustahak untuk anda mempunyai blog anda sendiri adalah anda memerlukan domain dan hosting.

Domain

Alamat blog anda contohnya www.qadrisahaimi.com

Fungsi dia lebih kurang macam alamat rumah..

Biasanya kos domain ni setahun cuma RM40++ sahaja..bukannya mahal pun..

Hosting

Hosting ni tapak tempat menyimpan data-data untuk blog kita.

Pentingnya memilih hosting yang terbaik dan mempunyai servis 24 jam dari pihak mereka.

Biasanya hosting di Malaysia ni kosnya antara RM50-RM600 setahun bergantung pada spec mereka. Tapi jika silap pilih banyak masalah akan timbul.

Saya nak sarankan anda menggunakan hosting antara yang terbaik di dunia iaitu GoDaddy.

Saya juga nak share kupon yang akan memberikan anda diskaun sehingga 85%. Saper nak? Say I !  



GoDaddy antara yang terbaik & mereka mempunyai team support yang sangat responsive.  



Klik pada webhosting tu… 



Untuk buat blog memadai untuk anda guna plan economy sahaja & untuk diskaun 85% hanya boleh digunakan untuk plan economy sahaja.

Anda mesti tak percaya harganya dari RM225 turun hingga RM40 sahaja untuk setahun..saya ulang setahun… 

Tapi tiada masalah jika anda nak guna plan Deluxe sebab hosting tu boleh pasang unlimited domain, maksudnya lain kali kalau anda nak setup domain baru anda tak perlu lagi beli hosting. Hanya tambahkan domain baru sahaja.

Seterusnya ikut langkah ni ya…  



Kemudian pilih nama domain yang anda nak gunakan & periksa adakah domain itu masih dijual. Jika domain tu tak available maknanya ia telah pun dibeli orang lain.

Pilih nama domain yang paling minimum sebutannya atau sekurang-kurang 3 perkataan. Elakkan guna dash ( - ) dalam nama domain. Bila dah beli tak boleh edit lagi tau..  



Masukkan nama domain dan jika available terus klik Add & Continue  




Rahsia nak dapatkan harga diskaun untuk hosting adalah seperti di atas ni. Salin code tu dan paste kat ruangan promo code seperti gambar di bawah. Diskaun hingga 85% tu!

CODE : cjcrmn1hos  



Note: Saya berikan link untuk dapat code diskaun sebab kadangkadang ia berubah mengikut bulan.

==> 
http://www.retailmenot.com/view/godaddy.com?c=5788930

Sekarang lihat harga hosting selepas diskaun



Dari harga asal iaitu RM228 setahun sekarang anda hanya perlu keluarkan RM40.75 jer… Kemudian klik Proceed To Checkout  


Klik New Customers untuk daftar sebagai pelanggan GoDaddy..Diorang pun nak simpan database..hehehe… 




Masukkan maklumat/info anda. 



Proses seterusnya adalah untuk selesaikan bayaran



Klik Place Your Order



Sekarang pembelian untuk hosting & domain anda sudah berjaya.

Kita akan masuk fasa kedua untuk setting Control Panel hosting anda pula.